Saturday, 31 December 2016

Agrobazar FAMA di KLIA2 dibuka esok

Agrobazar Fama akan mula dibuka di KLIA2 mulai esok. Kedai yang akan menjual pelbagai produk terbaik tempatan terletak bersebelahan dengan pintu perlepasan dalam negeri , KLIA2. Beroperasi 24 jam, selain produk produk seperti sarang burung, madu kelulut dan makanan hasil trmpatan, ia juga akan menjual pelbagai jenis makanan termasuk kopie 1, Satay Station dan pelbagai juadah tempatan lain. Mengikut Fama, barangan akan dijual pada harga berpatutan.

Friday, 30 December 2016

Lebih banyak acara di tapak Maha tahun depan


Lebih banyak acara akan diadakan di tapak MAHA tahun depan

30 Disember 2016 6:43 PM

KEMAMAN 30 Dis. - Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani akan mengadakan lebih banyak acara berkaitan pertanian di lokasi Pameran Antarabangsa Pertanian, Hortikultur dan Agro Pelancongan Malaysia (MAHA) yang terletak di Tapak Ekspo Pertanian Malaysia Serdang (MAEPS) tahun depan.

Menteri berkenaan, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata, langkah itu dilaksanakan selepas mengambil kira kejayaan MAHA 2016 yang berjaya mencatat kehadiran 3.7 juta pengunjung dalam tempoh dua minggu acara itu dianjurkan.

"Penganjuran MAHA 2016 bukan sahaja menunjukkan orang ramai semakin berminat dalam bidang pertanian malah kejayaannya boleh dilihat dalam pelbagai sudut iaitu dari segi pendidikan dan pelancongan.

"Ada keluarga yang menjadikan acara MAHA satu tempat percutian buat keluarga mereka. Justeru kami telah berbincang dan maklumkan kepada Kabinet satu pelan induk baharu akan dibuat agar diperbanyakkan acara berkaitan pertanian di tapak MAHA itu khususnya pada musim cuti sekolah," katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas majlis jamuan rakyat dan kenduri kesyukuran sempena kejayaan Pak Sabri Duta Madu Kelulut di pekarangan Masjid Bukit Kuang, di sini hari ini.

Ahmad Shabery menarik perhatian bahawa menerusi MAHA 2016 juga, kementerian dapat mengesan perkembangan positif industri hiliran yang berasaskan produk-produk pertanian hingga usahawan tani berjaya mengeksport produk mereka ke pasaran antarabangsa.

"Kami lihat industri hiliran semakin maju ke depan dengan cara pembungkusan yang lebih moden. Insya-Allah kami akan kembangkan lagi dalam usaha memastikan lebih ramai usahawan dapat memasarkan produk mereka ke peringkat antarabangsa kerana menerusi eksport kita dapat meningkatkan pendapatan negara dan mengukuhkan mata wang kita," katanya.

Mengulas acara itu yang dikatakan berjaya menarik ramai golongan muda untuk menjadi petani moden, beliau berkata, generasi muda kini sudah mula melihat pertanian adalah satu bidang yang mampu menjana pendapatan tinggi dan bukan lagi satu bidang 'kampungan'.

"Mereka kini memandang bidang pertanian dapat memberi masa depan yang cerah dan sesuatu yang menarik. Dari segi kementerian, kami ada pelbagai program bagi membantu golongan muda untuk menjadi usahawan tani ini untuk berjaya dalam bidang ini seperti Agropreneur Muda dan 'Agro Trooper'.

"Menerusi program tersebut mereka dapat membangunkan produk-produk yang lebih bersifat inovatif, berkualiti serta menawarkan harga pasaran yang lebih kompetitif," katanya. - BERNAMA

- See more at: http://m.utusan.com.my/berita/nasional/lebih-banyak-acara-akan-diadakan-di-tapak-maha-tahun-depan-1.426052#sthash.vizZn01A.dpuf

Thursday, 29 December 2016

Wednesday, 28 December 2016

Ikan Patin Masak Tempoyak di Kemaman

sekarang ni di Kemaman bukan sahaja ada keropok lekor dan keropok ikan paling sedap, tetapi dah ada ikan patin masak tempoyak dan udang galah sedap juga... tak percaya pergilah try. kedai dia terletak di hadapan shell batu 21/2 jalan binjai kemaman.

Monday, 19 December 2016

Maha Ada Tarikan

Maha ada tarikan.

Perak Plate di AgrobazarMalaysia di Singapura

Perak Plate di AgroBazaar Malaysia di Singapura. Dari 20 Dis 2016 hingga 12 Jan 2017. Memperkenalkan pelbagai menu menarik dan produk-produk negeri Perak Darul Ridzuan ke pasaran Singapura.

Sunday, 18 December 2016

Maha 2016 catat acara terbaik MOA

tq kosmo

http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2016&dt=1219&pub=Kosmo&sec=Varia&pg=va_01.htm

MAHA 2016 catat acara terbaik MOA

KETUA Setiausaha Negara, Tan Sri Ali Hamsa (dua dari kanan) turut menyokong sektor agro makanan negara.

PAMERAN Antarabangsa Pertanian, Hortikultur dan Agro Pelancongan Malaysia (MAHA) 2016 merupakan penganjuran terbaik oleh Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani (MOA). Acara ini mencatatkan kehadiran pengunjung seramai 3.8 juta orang.

Kejayaan ini seharusnya diberi pujian kepada Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek yang penuh dengan idea-idea pembaharuan dan sentiasa turun ke padang untuk memastikan ia dilaksanakan mengikut seperti yang dirancang.

Salah satu kejayaan penganjuran MAHA 2016 ialah menggunakan peruntukan yang lebih rendah daripada tahun sebelumnya tetapi memberi impak lebih besar. Sudah tentu penganjuran kali ini menunjukkan kesan sinergi dengan pemain-pemain industri swasta.

Dengan sumbangan pembiayaan kewangan, acara ini berjaya menarik minat generasi muda terlibat secara lebih aktif sepanjang tempoh MAHA 2016, sama ada sebagai petugas sukarela yang terdiri daripada pelajar Universiti Putra Malaysia (UPM) dan peserta Khemah Remaja (Youth Camp) yang memberi pendedahan kepada golongan muda kepada industri agro makanan.

Usahawan muda

Penglibatan usahawan muda yang terdiri daripada majoriti peniaga produk Industri Asas Tani (IAT) dan peniaga aneka makanan istimewa di Empayar Makanan menghidangkan 168 jenis makanan popular di Malaysia.

Kejayaan penganjuran MAHA 2016 kali ini juga perlu diberi penghargaan kepada Datuk Seri Dr. Ismail Bakar, semua pegawai kanan, Ketua Pengarah Jabatan serta agensi di bawah MOA.

Banyak aspek seperti keselamatan, pengangkutan, keselesaan pengunjung, kemudahan kepada peniaga dan pelbagai aspek lain dibincangkan setiap hari sepanjang MAHA 2016 berlangsung.

Salah satu pengajaran yang perlu diberi perhatian semasa penganjuran ini ialah kejayaan untuk mendapatkan komitmen dan penyertaan pihak swasta sebagai penganjur MAHA selama 11 hari.

Kejayaan ini juga perlu dicontohi dalam pelbagai bidang agro makanan seperti kempen melahirkan golongan Agropreneur Muda, kempen kurangkan penggunaan racun berbahaya dan tidak berdaftar serta pengeluaran produk makanan yang selamat dimakan.

Namun, kempen seperti ini perlu dilaksanakan dalam tempoh yang panjang kerana ia memerlukan perubahan sikap dan membina keyakinan.

Penglibatan syarikat-syarikat besar dan pihak swasta penting dalam menyumbang dalam kejayaan sesebuah program.

Menyentuh tema MAHA 2016, Makanan Kita Masa Depan Kita, ia mengajak kita melihat apakah amalan pertanian yang dilakukan masa kini membolehkan hasil makanan kita selamat dan boleh diwarisi kepada generasi akan datang serta kekal produktif?

Usaha-usaha yang lebih bersepadu perlu kita lakukan untuk menyambut seruan ini. Adakah produk makanan yang dihasilkan seperti beras, buah dan sayur mengambil kira aspek baja dan racun kimia serta cara penggunaan yang selamat?

Sebagai pengeluar baja dan racun kimia adakah kita telah cukup berusaha mengeluarkan produk-produk pilihan yang lebih selamat dan mesra alam sekitar?

Mesra alam

Sebagai penyelidik sama ada agensi, syarikat swasta dan universiti juga perlu memberi tumpuan kepada kajian-kajian ke arah pengeluaran makanan yang mencukupi, selamat dan mampan seperti yang tersirat dalam tema MAHA 2016.

Sebagai pengguna, adakah kita telah bersedia memberi nilai yang sewajarnya kepada produk makanan berkualiti dan selamat? Misalnya, produk yang telah memperoleh sijil myGAP dan myOrganic sudah tentu melibatkan kos tambahan untuk memenuhi syarat persijilan tersebut serta dijual pada harga berpatutan.

MAHA juga menawarkan platform yang sesuai sebagai tempat penemuan pihak awam dan swasta dalam kelangsungan meneruskan perjuangan MOA mencapai kedaulatan makanan.

Dengan meningkatkan keupayaan negara mengeluarkan makanan yang selamat dan berteraskan eksport, usaha ini sekali gus dapat menyumbang pengukuhan nilai mata wang ringgit Malaysia.

Dalam suasana nilai wang ringgit Malaysia yang tidak menentu, kita perlu mengambil kesempatan meningkatkan eksport produk makanan Malaysia seperti buah-buahan, sayuran dan produk IAT.

Usaha penyelidikan pasaran, usaha sama antara pengeluar kecil dan sederhana perlu dipergiatkan serta penglibatan syarikat anchor untuk meningkatkan keupayaan Malaysia mengeksport serta menawarkan kuantiti pasaran eksport.

Jabatan Pertanian bersama agensi lain menggembleng keupayaan pengeluar-pengeluar kecil dan sederhana dalam meningkatkan pengeluaran produk tempatan yang berpotensi untuk eksport.

Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2016&dt=1219&pub=Kosmo&sec=Varia&pg=va_01.htm#ixzz4TFBOXGP2 
Hakcipta terpelihara 

anjakan paradigma untuk maha

http://m.utusan.com.my/rencana/forum/anjakan-paradigma-8232-untuk-maha-1.419981

Saturday, 17 December 2016

Betul ke ramai orang datag Maha2016

kalau tak percaya tgk timelapse ni...

https://youtu.be/Dx0SjwxH8hs

Pemandangan malam di Maha2016

mana nak tgk mcm ni kecuali di Maha2016

https://youtu.be/UfLCiVWHI-U

Thursday, 15 December 2016

Maha buka mata anak kota - Utusan Malaysia

https://www.utusan.com.my/rencana/forum/maha-buka-mata-anak-kota-1.420309

MAHA buka mata anak kota

16 Disember 2016 12:20 AM

Pengunjung melihat pameran lembu hibrid sado di Laman Ternakan sempena MAHA 2016 di MAEPS, Serdang, Selangor pada 9 Disember lalu. GAMBAR HIASAN/BERNAMA

SAYA adalah sebahagian daripada ribuan anak kelahiran hutan batu atau ‘anak kota’ yang tidak pernah menikmati hidup di kampung mahupun pengalaman pulang beraya di kampung halaman.

Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agropelancongan Malaysia (MAHA) 2016 yang dianjurkan dari 1 hingga 11 Disember lalu menjadi antara acara untuk saya dan keluarga merasai sedikit daripada nikmat kehidupan kampung melalui industri pertanian dan perladangan.

Saya dan isteri telah mengambil cuti supaya kami sekeluarga dapat menghabiskan beberapa hari di Taman Pameran Pertanian Malaysia, Serdang (MAEPS) dengan menyertai pelbagai acara dianjurkan sempena MAHA 2016.

Ini adalah kali ketiga kami mengunjungi MAHA tetapi kali pertama saya dan isteri mengambil cuti panjang supaya anak-anak dapat meluangkan lebih banyak masa melihat, menyentuh dan mengenali tumbuhan dan ternakan yang dapat dilihat di tapak pameran tersebut.

Jika boleh, saya harap pihak penganjur mahupun kementerian terbabit dapat menjadikan MAHA acara tahunan khususnya untuk anak-anak kota seperti saya dan anak-anak saya mendekati kehidupan kampung melalui industri pertanian, hortikultur dan agropelancongan negara.

Dua daripada anak-anak saya juga sudah menanam azam untuk menjadi petani moden, seorang mahu menternak ikan secara komersial sementara seorang lagi ingin membuka pusat pelancongan dusun buah-buahan.

Terima kasih sekali lagi atas penganjuran MAHA setiap dua tahun. Semoga acara ini dapat dikembangkan lagi dan dimajukan ke tahap lebih tinggi kelak.

ANAK KOTA

Segambut, Kuala Lumpur

Dua tahun lagi, jgn lupa 'hang pi maha 2018, oleh Datuk Hassan Mohd Noor

http://www.utusan.com.my/rencana/dua-tahun-lagi-jangan-lupa-8216-hang-pi-maha-2018-8217-1.419006

Dua tahun lagi, jangan lupa ‘hang pi maha 2018’

HASSAN MOHD. NOOR
12 Disember 2016 6:05 AM

SEKALUNG tahniah kepada Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani kerana berjaya menganjurkan Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agro Pelancongan Malaysia (MAHA) 2016 dengan baik.

 Kehadiran pengunjung mencecah hampir 4 juta orang menjangkaui sasaran awal 3 juta. Sasaran itu dicapai Sabtu lalu dan semasa majlis penutup tengah hari semalam, jumlah itu meningkat kepada 3.5 juta. Angka itu akhirnya menghampiri 4 juta, tidak termasuk mereka yang memasuki kawasan itu bukan melalui pintu rasmi. Bukan setakat pengunjung, jualan dan perjanjian jualan juga meningkat iaitu RM380 juta berbanding sasaran RM200 juta. Apakah yang mendorong sambutan hebat ini? Me­nurut Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Ahmad Shabery Cheek, sambutan luar biasa antaranya adalah kerana konsep agrotainmen yang turut menarik kehadiran golongan belia. Secara tidak langsung memupuk minat mereka kepada pertanian.

Apa pun alasannya, sudah tentu setiap pengunjung mempunyai pelbagai matlamat apabila berkunjung ke sana dalam tempoh 11 hari penganjuran. MAHA berjaya menarik perhatian keluarga diraja, pemimpin kerajaan pusat dan negeri serta rakyat pelbagai peringkat usia. Walaupun cuaca kurang baik, hujan sehingga menyebabkan sesetengah kawasan becak tetapi, sambutan yang diberi amat memberangsangkan. Konsep serta pembaharuan yang dibuat terus menggamit kehadiran para pengunjung. Menarik perhatian juga pada kali ini ialah promosi dan publisiti yang diadakan. Penganjur begitu kreatif mempromosikan MAHA melalui video klip lagu Hang Pi Maha (lagu asal Hang Pi Mana), nyanyian kumpulan Khalifah. Lirik serta video klipnya telah menceritakan segala-gala­nya apa yang ada di MAHA 2016. MAHA bukan sekadar pameran pertanian atau pesta jualan tetapi lebih daripada itu. Di dalamnya ada pelbagai komponen yang menjadi perhatian pengunjung.

Sesuatu yang harus dihargai apabila penganjur tidak menga­baikan ruang untuk pengunjung menunaikan solat. Buat kali pertama, solat Jumaat juga dilangsungkan di MAHA. Jumlah surau juga memuaskan. Setiap ‘laman’ pameran akan ada surau, sama ada saiz kecil atau besar. Tidak timbul lagi masalah tempat untuk solat lima waktu. Semalam, ketika menutup MAHA, Timbalan Perdana Menteri, Ahmad Zahid Hamidi mencadangkan tapak MAHA di Taman Ekspo Pertanian Malaysia, Serdang (MAEPS) dija­dikan pusat agropelancongan bagi mempromosi produk pertanian di dalam dan luar negara. Tapak itu akan terus dihidupkan sepanjang tahun.

Langkah itu amat baik kerana MAHA hanya muncul dua tahun sekali. Dewan sedia ada di tapak itu sebelum ini menjadi lokasi pelbagai pameran termasuk Pesta Buku Antarabangsa, Jualan Mega, dan acara-acara sambutan tertentu. Sebuah universiti juga ditempatkan di situ. Nafas Cube yang menyediakan penginapan ala resort termasuk khemah yang turut berada di dalam komponen MAHA akan terus ‘bernafas’ de­ngan pelbagai aktiviti. Pavilion atau Rumah Negeri yang begitu indah khususnya Perak (Rumah Negeri Terbaik MAHA 2016), juga tidak harus dibiarkan sepi tanpa aktiviti sehingga MAHA 2018. Dalam hubungan ini, kerajaan-kerajaan negeri boleh menjalankan aktiviti bagi tujuan promosi pelbagai industri tempatan.

Sesuai dengan tema kali ini Makanan Kita, Masa Depan Kita, diharapkan para pengunjung terutama generasi muda dapat menyedari tentang pentingnya pengeluaran makanan di dalam negara untuk masa depan. Selama mana kita perlu bergantung kepada import makanan? Bagi yang berkunjung ke MAHA, sedikit sebanyak dapat mengenali lebih dekat pelbagai teknologi bagi meningkatkan kualiti seterusnya pengeluaran pertanian. Buat orang lama atau veteran, MAHA mengimbau kembali pelbagai nostalgia sementara orang muda boleh mengenali pelbagai teknologi baharu di samping menyelak semula bagaimana industri pertanian diusahakan oleh orang terdahulu.

Zaman sudah berubah. Aktiviti pertanian secara tradisional turut berubah. Jika diselak pada masa lalu, betapa sukarnya untuk menghasilkan beras secara konvensional tetapi hari ini, semuanya lebih mudah. Nostalgia bagaimana padi dihasilkan boleh dilihat di Laman Padi yang dikendalikan oleh Bernas. Di situ dipamerkan peralatan tradisional bermula kerja membajak tanah sehinggalah menghasilkan beras. Turut menarik perhatian pertandingan bola sepak bendang melibatkan institusi pengajian tinggi tempatan. Meriahnya sukan bergelumang dengan selut. Saya berpeluang melihat pertandingan akhir Sabtu lalu yang turut dihadiri Dr. Shamsul Anuar Nasarah yang juga Pengerusi Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) sebagai salah satu badan penganjur. Bukan mudah untuk menendang bola walaupun sepakan penalti. Bendang bukan setakat padi tetapi ada aktiviti lain yang boleh dilakukan. Begitu juga dengan sudut sayur-sayuran. Di mana sahaja kita boleh menanam sayur. Tidak perlukan tanah yang luas sebaliknya cukup di dalam pasu. Semua bergantung kepada kemahuan.

Seperti yang ditegaskan oleh Ahmad Zahid, apabila Transformasi Nasional 2050 (TN50) dicapai pada 2050, Malaysia yang dijangka mempunyai kira-kira 50 juta penduduk tidak perlu lagi mengimport makanan. Persoalannya, adakah kita bersedia? Bukan setakat menghentikan import tetapi juga mengeksport. Diharapkan MAHA dapat memberi kesedaran betapa pentingnya pertanian ini. MAHA tidak harus dilihat sebagai pesta jualan, hiburan tetapi selaklah apakah kepentingan di sebaliknya yang boleh menjana pendapatan diri, keluarga, masyarakat dan negara. MAHA akan datang juga diharap dapat menampilkan ‘lebih dekat’ penglibatan negara luar.

Sekali lagi tahniah kepada kementerian khususnya Menterinya, Ahmad Shabery Cheek, timbalan-timbalannya, Tajuddin Abdul Rahman dan Nogeh Gumbek, serta Ketua Setiausaha Kementerian, Dr. Ismail Bakar yang tidak henti-henti ‘turun padang’ sebelum dan semasa MAHA. Semoga bertemu lagi di MAHA 2018!

Sekitar MAHA2016

Gambar-gambar sekitar Maha 2016






Maha 2016

Terima kasih UtusanBorneo...

http://www.utusanborneo.com.my/content/dari-lensa-kamera-maha2016

Dari Lensa Kamera #MAHA2016

Kategori: 
*Advertorial*
Oleh Adriana Mroon Ambrose
PENGANJURAN Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agropelancongan Malaysia (MAHA) 2016 di MAEPS, Serdang, anjuran Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani dianggap sebagai penganjuran paling berjaya yang pernah dihasilkan. Walaupun dengan keadaan cuaca yang panas terik tidak menghalang ribuan masyarakat membanjiri tapak pameran #MAHA2016. Malah ada yang datang seawal pukul 10 pagi bersama keluarga dan rakan-rakan mereka.
Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak sempat berswafoto bersama orang ramai selepas melancarkan Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agropelancongan Malaysia (MAHA) 2016 di MAEPS, Serdang
Isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor (tengah) bergambar kenangan bersama pengunjung serta maskot Upin dan Ipin semasa mengadakan lawatan ke #MAHA2016 
SULTAN Perak Sultan Nazrin Muizzuddin Shah (tiga dari kiri) bersama Raja Permaisuri Perak Tuanku Zara Salim berkenan melihat hasil kraftangan yang dipamerkan di perkarangan Pavilion Negari Perak sempena #MAHA2016
(Dari kiri) Ketua Menteri Datuk Patinggi Tan Sri Adenan Satem bersama Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Douglas Uggah Embas dan Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Anthony Nogeh tertarik dengan melihat haiwan ternakan yang dipamerkan di Laman Ternakan #MAHA2016
Yang Dipertua Negeri Sabah, Tun Juhar Mahiruddin bersama isteri Toh Puan Norlidah R.M Jasni ketika lawatan rasminya di Hall A #MAHA2016
Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek sempat beramah mesra bersama pengunjung ketika meninjau lokasi pameran #MAHA2016
Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob (kanan) menerima buah tangan dari usahawan tani 
Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek  (tengah) bersama peserta Agroyouth Camp #MAHA2016 bergotong royong mengutip sampah di sekitar lokasi #MAHA2016
Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman di Laman Armada Jentera #MAHA2016.
Gelagat pengunjung merakam swafoto ketika berada di #MAHA2016
Sesak : Walaupun cuaca panas, para pengunjung tetap berpusu-pusu memeriahkan #MAHA2016
Empat sekawan ini tidak melepaskan peluang merakam momen indah sempena #MAHA2016
Seorang pengunjung mengambil swafoto bersama ayam serama di Laman Ternakan #MAHA2016
Comel : Sebahagian kanak-kanak yang bertugas menjadi mascot di  Kingdom of Sharks, myDOF Valley
Santai : Pengunjung beristerehat seketika sambal menikmati aiskrim di #MAHA2016
Menarik : Salah seorang pengunjung mencuba alat memancing simulator 3D hanya di #MAHA2016
#MAHA2016 menyediakan pelbagai aktiviti untuk semua lapisan umur
Gelagat orang ramai menikmati buah-buahan segar di Castle Of Fruit #MAHA2016
Hanya di #MAHA2016, pengunjung juga boleh berpeluang melihat unta dengan lebih dekat
Pengalaman baru : Sekumpulan remaja kelihatan gembira selepas berpeluang meraisai bermain bola sepak di bendang buat kali pertama di Laman Padi #MAHA2016
#MAHA2016 meriah dengan kunjungan anak-anak muda dari seluruh negara
Seorang kanak-kanak terpegun melihat antara tanaman  yang tergantung di Garden District
Farah Fauzana berswafoto bersama peminat di Laman Mok Cun. Turut kelihatan pelakaon drama tersebut, Erma Fatima
Pengunjung menggunakan basikal electrik untuk memudahkan mereka bergerak dari satu lokasi ke lokasi yang lain
Pengunjung dari segenap lapisan masyarakat tidak kira yang tua mahupun  muda turut datang memeriahkan #MAHA2016 
Sedap : Seorang pengunjung cilik menikmati burger daging di Empayar Makanan #MAHA2016
Pertandingan memancing udang di kolam gergasi di myDOF Valley